Pages

Selasa, 20 November 2012

Membuat Media Pembelajaran yang Menarik


Dunia pendidikan dewasa memasuki era dunia media, di mana kegiatan pembelajaran menuntut dikuranginya metode ceramah dan diganti dengan pemakaian banyak media. Lebih-lebih pada kegiatan pembelajaran saat ini yang menekankan pada keterampilan proses dan aktif learning, maka kiranya peranan media pembelajaran (yang dalam uraian selanjutnya sering disebut media), menjadi semakin penting. Dalam kaitannya dengan fungsi media pembelajaran, dapat ditekankan beberapa hal berikut ini: sebagai alat untuk membuat pembelajaran yang lebih efektif, mempercepat proses belajar, meningkatkan kualitas proses belajar-mengajar, mengkongkretkan yang abstrak sehingga dapat mengurangi terjadinya penyakit verbalisme. Perencanaan dalam pembuatan media meliputi: Identifikasi kebutuhan dan karakteristik siswa, Perumusan tujuan, memilih, merubah dan merancang media pembelajaran, perumusan materi, pelibatan siswa dan evaluasi (Evaluation). Untuk mengembangkan media pembelajaran perlu diperhatikan prinsip VISUALS, yang dapat digambarkan sebagai singkatan dari kata-kata: Visible: mudah dilihat, Interesting: menarik, Simple: sederhana, Useful: isinya berguna/bermanfaat, Accurate: Benar (dapat dipertanggungjawabkan), Legitimate: masuk akal/sah, Structured: terstruktur/tersusun dengan baik. Beberapa media yang dapat dibuat dan dipergunakan dalam pembelajaran ekonomi antara lain: flipchart, flannel graph, flash card, barang bekas, powerpoint dan lain-lain.
Pelajar belajar dengan lebih efektif berdasarkan kecerdasan minda. Kecerdasan minda pula bermaksud kebolehan berfikir secara efektif, membuat generalisasi serta memilih untuk mengambil sesuatu tindakan terhadap satu situasi yang bermasalah. Kecerdasan minda seseorang itu berubah-ubah berdasarkan rangsangan dan pengalaman yang diterimanya. Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda pelajar dan membolehkan mereka menginterpretasi mesej yang ingin kita sampaikan melalui rangsangan dengan cara yang positif agar pembelajaran berlangsung dengan berkesan. Sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang mewujudkan iklim humor ini akan memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta lebih mudah difahami dan kekal dalam ingatan.
Pengajaran yang Berkesan
Para penyelidik di Barat berpendapat menyelitkan unsur humor dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menyumbang kepada persekitaran pembelajaran. Hal ini dapat meningkatkan perhatian dan motivasi di kelas serta dapat menggalakkan pelajar supaya berfikir secara lebih kreatif dan terbuka kepada idea-idea baharu. Humor dapat membantu pelajar untuk belajar menaakul (membuat pertimbangan menggunakan akal), mendengar dengan baik dan menghargai masyarakat. Oleh yang demikian, sewaktu merancang aktiviti dalam rancangan pengajaran, guru harus mempertimbangkan hal-hal yang berikut:
a.    Pengajaran itu membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang telah ditetapkan.
b.    Pengajaran mestilah seronok dan digemari pelajar.
c.    Pengajaran tersebut melibatkan penyertaan pelajar secara interaktif dengan menggunakan teknik pembelajaran yang pelbagai.
Yang berikut ialah beberapa cara atau bahan yang boleh digunakan untuk menyelitkan humor dalam pengajaran:
-  Jenaka
-  Penggunaan lagu-lagu dan musik
-  Cerita lucu
-  Pantun jenaka dan pantun kanak-kanak
-  Komen lucu
-  Kaedah pencerita yang dramatik
-  Sindiran
-  Penggunaan bahan kartun atau karikatur
-  Video
-  Aksi (lakonan)
-  Bahan komik daripada surat kabar dan majalah
Kesimpulan
Cabaran utama dalam kajian ini bergantung kepada kreativiti guru untuk menggunakan bahan yang menarik untuk menyampaikan pengajaran mereka. Strategi seperti ini memerlukan perancangan yang mendalam dan kepekaan guru untuk sentiasa membuka mata bagi mencari bahan yang boleh digunakan untuk pengajaran. Cabaran kedua terletak kepada personaliti guru serta hubungan mereka dengan pelajar terutama sekali dalam mengaplikasikan kaedah guru.
Cloud Callout: NAMA : SANTI MEILIASARI
KELAS : 2h
NPM : 11.1.01.10.0318berlakon sebagai pencerita dramatik. Cabaran ini boleh diatasi jika guru membuang rasa malu untuk menggerakkan badan, menggunakan mimik muka yang dramatik serta intonansi suara yang menarik sewaktu bercerita. Jika guru tidak dapat membuang rasa malu, pelajar juga akan terikut-ikut berasa malu dan tidak mahu terlibat secara aktif sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semoga dengan adanya inisiatif guru untuk menyelitkan unsur humor yang segar dalam setiap kegiatan pembelajaran, maka akan wujudlah sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah kita.

1 komentar:

 

Blogger news

Blogroll

About